Tuesday, November 25, 2008

CUTI CUTI MALAYSIA episod 1

Salams semua.. di sini aku nk ceritakan trip aku ke PD pada hujung Nov aritu...
aku pegi ngan keluarga abg saadon (member opis aku) n keluarga cc (chief clerk) norisah... bertolak hari jumaat 21hb kul 3.30 dari rawang.. aku ngan abg saadon gi dulu.. cc gi esoknya (sabtu)
smpi kt KAYNS Resort lebih kurang kul 6 ptg.. apa lagi terus terjun pool la...



mkn malam disediakan oleh umi (wife abg saadon).. special nasi lemak sambal tumis.. aku siap tapau lagi nk makan utk tgh malam kang... kui kui kui.... kul 12 lebih tido.. tu nmpk tu.. tgh tido pun boleh posing lagi tu...




Keesokan harinya.. lepas breakfast.. kitorang tggu cc dtg.. dia kata smpi lebih kurang kul 10.. memang ngam2 dia smpi kul 10.. so.. lps bincang2, semua setuju gi safari world kt A Famosa Resort. Melaka... so.. kitorang gerak lebih kurang kul 11




smpi kt sini lebih kurang kul 12.30.. posing dulu... har har har...

trip ke taman safari.. kena naik lori keselamatan ni.. klu tak kena bahan ngan rimau.. naya jer...
ini la antara binatang2 yg ada kt taman safari ni.. korang tgk je la sendiri...






letih ke taman safari tadi walau pun naik lori tapi adventure gak la... naik kematu punggung naik lori tu.. ada la dekat 10 minit..
lepak jap.. pas ni nk jejalan satu safari world ni.. nk tgk show.. mcm2 show ada...
baru lepas tgk cowboy show... kt sini kitorang dpt tgk show binatang yg funny.. show burung.. n last show gajah... pas tu gi monkey island... byk gambar aku amik tapi malas nk upload kt sini... theee heee heee


keluarga bahagia.. har har har...

lebih kurang kul 5.. kitorang bertolak pulang ke PD balik.. makan malam kitorang makan ikan bakar ditaja oleh cc norisah.. burppp... Alhamdulillah...


Last day.. kitorang di jejalan tepi pantai... amik angin pantai.. hidup udara pantai sepuas2nya.. tak mandi laut pun.. malas...



sebelum check out kul 12.. kitorang berendam sepuas2nya kt pool.. pas ni nk balik dah.... bye2 PD....



Balik dari PD, aku singgah kt Tasik Titiwangsa jap.. kawan bini aku nk jumpa sebab dh lama tak jumpa katanya.. kitorang jumpa kt taman permainan ni yg dibina diatas tapak eye on malaysia yg telah berpindah ke Melaka...

cantik... baru2 memang la cantikk.. tggu la lagi 2 tahun tgk cantik ke tak mcm skrg ni...


yeeehaaa.. ariba ariba...


walaupun baru first time jumpa.. bebudak 2 orang ni cepat betul mesranya.. sambil pegang2 tangan lagi... heee heee hee... ok la.. abis sudah CUTI2 MALAYSIA episod 1 aku..
episod 2? tungguuuu... bulan disember nanti aku gi sarawak... nanti aku citer ok..
JANGAN LAMBAT WARIH!!!!

Monday, November 10, 2008

servis tukar kusyen kereta

hi kengkawan..
dh lama tak update blog ni.. biasa la.. masa tak mengizinkan..
aku takde apa nk cerita cuma kepada sesiapa kengkawan yg teringin nk tukar warna atau nk tukar fabrik pada kulit pintu kereta.. seat kereta.. tukar karpet kereta ke.. member aku ada menyediakan servis berkenaan.. dia buat kt umah dia jer.. aku dh try tukar fabrik ngan cat door trim keta wira aku.. ini la hasilnya.. servis memuaskan...


sebelum...



selepas...


Tuesday, October 7, 2008

SELAMAT HARI RAYA...

Kepada semua pembaca blog aku.. aku nak ucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin dari aku sekeluarga...

Kebetulan raya tahun ni (1 Oktober) sama tarikhnya dengan tarikh lahir anak aku yang ke-2 tahun... Happy Besday Nur Najla...

Dah pandai bergaya rupanya anak dara aku sorang ni...

Ini pulak baby kembar anak member bini aku.. cute kan..? klu ada keajaiban Allah.. aku pun teringin gak nk anak kembar... tapi takde keturunan.. klu ada, JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Monday, September 1, 2008

Mendiang Ganapathy dalam Kenangan...


Berita sedih sekali lagi di Unit aku... iaitu Mendiang Ganapathy telah pergi buat selama-lamanya kerana Kemalangan Jalanraya... kena langgar lari.. kesian..
hilang la hilai tawa dan senda gurau mendiang selama ini...

Majlis Perpisahan Abg Anuar...


Hari Khamis 28 Ogos jam 12.30 tengahari Unit aku ada buat satu majlis perpisahan kakitangan di Unit kitorang.. ABG ANUAR yang disayangi.. kitorang buat kat restoran Amy Search.. Restoran Cheng Ho kat Wangsa Maju...
Abg Anuar dapat bertukar ke Kampungnya iaitu di Daerah Sabak Bernam.. aku sebagai sahabat semoga anuar bahagia nun di sana bersama keluarga tercinta... JANGAN LAMBAT WARIH!!!





Tuesday, August 12, 2008

Renungan...fikir-fikirkan lah...

Assalamualaikum ,

Ada satu ceramah....disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada
Singapura...
Di riwayatkan begini.....
Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara
dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan
dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang
telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai
mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun
memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya
menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah
seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat
akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu
apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu
menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi
Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan
lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT....
maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu
diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai
penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya
kepada sesiapa yang hendak membelinya.


Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu
api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah
saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya
elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..


Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk
makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu
itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit
dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah
tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan
kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan
kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.


Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan
setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu
dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya
cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana
yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang
sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...


Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd
sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik
ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita
???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak
dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan
sebagainya.. ..?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...



wassalam...


P/S: TERASA JGK NIH....!!!! UBAH SEBELUM TERLAMBAT.. JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Monday, August 11, 2008

Kesan Kenaikan Harga Minyak...



akibat kenaikan harga minyak aku ngan bini aku berpakat untuk membeli sebuah kereta kecik..
so.. kami beli la VIVA Auto ni.. keta Wira aku time jalan jauh baru guna..
lepas ni kami hari-hari ke ofis pki la viva.. jimat sikit minyaknya.. JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Sunday, July 27, 2008

Al- Fatihah..





Kepada semua pembaca blog aku ni.. sudi-sudi lah sedekahkan Al-Fatihah kepada baby kepada member ofis aku.. namanya Umairah Safiah binti Mohd Saifulizan berumur 2 bulan.. telah pergi meninggalkan kita semua pada 23 Julai 2008..
Al- Fatihah...