Tuesday, August 12, 2008

Renungan...fikir-fikirkan lah...

Assalamualaikum ,

Ada satu ceramah....disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada
Singapura...
Di riwayatkan begini.....
Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara
dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan
dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang
telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai
mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun
memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya
menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah
seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat
akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu
apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu
menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi
Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan
lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT....
maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu
diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai
penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya
kepada sesiapa yang hendak membelinya.


Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu
api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah
saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya
elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..


Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk
makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu
itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit
dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah
tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan
kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan
kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.


Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan
setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu
dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya
cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana
yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang
sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...


Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd
sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik
ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita
???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak
dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan
sebagainya.. ..?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...



wassalam...


P/S: TERASA JGK NIH....!!!! UBAH SEBELUM TERLAMBAT.. JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Monday, August 11, 2008

Kesan Kenaikan Harga Minyak...



akibat kenaikan harga minyak aku ngan bini aku berpakat untuk membeli sebuah kereta kecik..
so.. kami beli la VIVA Auto ni.. keta Wira aku time jalan jauh baru guna..
lepas ni kami hari-hari ke ofis pki la viva.. jimat sikit minyaknya.. JANGAN LAMBAT WARIH!!!