Tuesday, February 10, 2009

SARAWAK LAGI...

Salams..
ini aku nk citer trip aku ke Sarawak lagi.. klu Bulan Disember lepas aku gi personal kali ni aku gi ngan Unit tempat kerja aku... lawatan ni kira lawatan rasmi la..


1st day 6hb Februari 2009 kitorang smpi kt Airport Kuching jam 10.30.. terus disambut oleh Puan Maggie iaitu kitorang punya travel ejen trip kitorang... lawatan pertama kitorang ke Bahagian Perlesenan Kementerian Pelancongan Cawangan Kuching, Sarawak...




lepas lawatan rasmi kt Kementerian Pelancongan tu kitorang terus pegi city tour.. antaranya muzium kucing ni.. teringat balik kenangan masa pegi ngan anak aku krismas hari tu... kali ni aku berdua jer... lepas tu kitorang gi kat kilang kek lapis yg sama masa aku gi dulu... masing² pun order la mana yg berkenan termasuk la aku.. theee heee heee... check in kt Grand Maghareta Hotel yg dulunya dikenali sebagai Holiday Inn tepat jam 2.00 petang... rehat...







Tepat jam 5.45 petang kitorang ikut jadual yg dibuat oleh puan maggie iaitu menaiki bot yg diberi nama Sunset Cruise.. ceh.. skema la pulak ayat aku ni.. poyo jer... nak naik bot ni dikenakan tiket berharga RM60 seorang dewasa dan RM30 kanak-kanak.. tapi ini semua dh termasuk dlm pakej lawatan.. so... kitorang tak payah bayar... har har har.... jenjalan atas 'cruise' lebih kurang satu jam setengah di atas sungai sarawak yang besar.. kt atas ni ada jugak beberapa show diadakan sambil dihidangkan dengan jamuan minum petang...




ini lah permandangan sunset yg sempat aku amik dari atas bot yg kitorang naik tu... fuh... cantiknya la hai... pas ni makan malam kt restoran waterfront.. malam aktiviti bebas kitorang layan boling 2 game... lepaskan gian...




hari kedua 7hb Februari kitorang mulakan trip kitorang ke Sarikin iaitu sempadan kalimantan.. perjalanan dari kuching dekat 2 jam.. kt situ memang shopping giler... lebih kurang mcm kat Uptown Danau Kota... lepas sarikin kitorang sambung city tour kt Kuching.... lunch dulu kat restoran masakan melayu.. kena sambal belacan.. perghhh... korang paham² sendiri la... pas tu gi muzium kuching.... gi kilang buat pasu... gi sana.. gi sini.. adui.. letihnya la hai... dekat kul 6.30 petang baru balik ke hotel.. kul 7.30 nk kuar balik gi makan malam... penat siut..... lepas makan balik hotel kemas beg...









Keesokkan harinya (8hb Februari) lepas je breakfast kitorang terus check out.. hanya 2 bilik sahaja yg diberi masa sehingga pukul 3.30 petang untuk mandi dan salin baju sebelum ke airport.. pagi ni kitorang terus ke Sarawak Culture Village.. mcm yg aku citerkan sebelum ni.. kt sini ada rumah dari suku kaum yg terdapat di Sarawak..




Mcm biasa kul 11.30 ada show kt sini.. finalenya joget lambak.. dulu aku tak dpt nk menari tapi kali ni aku menari ngan gadis sarawak... theee heee heee... nasib baik org umah aku tak kisah... klu tak, terbang periuk wareh.... lepas show, lunch kt restoran kt sini jugak.. pas tu terus balik hotel untuk mandi dan solat...



singgah kt Sin Piao.. kt sini ada jual sarang burung herba dan mcm² jenis lada sarawak.. lepas ni kitorang terus ke Pasar Satok beli ikan terubuk masin... dan terus ke airpot untuk berangkat pulang...

dpt naik flight awal.. klu ikut yg sebetulnya flight kitorang delay smpi jam 11.00 malam.. nk mampus tunggu dekat 3 jam kt airport.. bising punya bising akhirnya dpt tukar flight yg lebih awal disebabkan ada kekosongan.. Alhamdulillah.. so.. departure jam 9.20 malam smpi kt LCCT jam 11.30 mlm...
JANGAN LAMBAT WARIH!!!