Tuesday, November 15, 2011

XPDC Gunung Chabang, PERAK

salam semua..

dh lama tak update blog.. hari ni ntah cemana ada aura yg memanggil utk mengUPDATEkan blog ku yg tak NTAHAPAAPANTAH ni..

hari ni aku nk citer satu pengalaman yang cukup MANIS..

pengalaman di mana aku dan kengkawan sepejabat mengenal erti susah payah.. erti kerjasama.. erti kasih sayang sesama sendiri.. dan macam2 lagi.. semuanya berlaku di XPDC GUNUNG CHABANG... 11-13 November 2011...

jadual yg dirancang tidak menjadi akibat keadaan cuaca.. sepatutnya ops mendaki jam 8 pagi.. tapi.. jam 10 pagi baru nk mula.. dalam keadaan hujan.. Ya Allah.. hanya doa yang mengiringi perjalanan pada waktu itu..dan.. aku terpaksa ditinggalkan untuk menunggu seorang kawan yang sedikit terlewat kerana mencari barang keperluan di bandar.. erti persahabatan bermula di sini.. 15 orang telah mula mendaki.. tinggal aku berdua di bawah.. 1 jam selepas itu lebih kurang jam 11 pagi baru kami berdua bergerak...

pendakian bermula dalam keadaan hujan.. cubaan laluan pertama.. tiada kesan tapak kaki.. cuba laluan kedua masih tiada kesan jejak kawan2 yg terdahulu.. takpe.. rakan aku yg lebih arif mencuba laluan ketiga.. aku just follow je.. masih tiada kesan jejak.. hampir setengah jam.. dan aku mula resah..

akhirnya.. jumpa kesan jejak pada laluan yg keempat.. Alhamdulillah.. teruskan perjalanan.. hampir 3 jam.. baru kami berdua sampai ke pertengahan.. air terjun.. mengikut jadual kumpulan kami berhenti disitu untuk mkn tengahari.. tapi.. apa yg kami berdua dapat hanyalah bungkusan maggi yang diorang makan je.. diorang teruskan perjalanan tanpa tunggu kami berdua dan tanpa tinggalkan makanan untuk kami kerana berpendapat yg kami berdua tidak jadi mendaki kerana mereka2 telah menunggu lama disitu...

YA ALLAH.. kami lapar.. tapi tetap kuatkan semangat untuk terus mengejar.. tapi tak terdaya... perut kosong.. mujur ada coklat.. kongsi berdua untuk alas perut.. YA ALLAH.. 1 jam selepas tu dah memang tak tahan.. Alhamdulillah ada talian telefon.. hubungi kawan yg ada didepan.. minta bantuan tinggalkan bekalan makanan untuk kami berdua.. dengan sisa semangat yg ada.. berbekalkan air semata2.. ahirnya kami jumpa bungkusan maggi untuk kami berdua.. itupun selepas 1 jam perjalanan... itulah erti persahabatan yg ada antara kami..

selesai kami berdua makan.. kami teruskan perjalanan.. dan.. Alhamdulillah.. ada 5 orang kawan yg sudi menunggu kami berdua untuk bergerak bersama-sama.. seperti satu keluarga kami 7 orang saling bantu membantu.. cuaca semakin gelap..

kumpulan yang pertama telah tiba di atas lebih kurang jam 7 malam.. kami bertujuh masih mengharungi laluan yang semakin sukar.. dan sukar.. dan sukar.. hanya doa dan semangat yang mengiringi perjalanan kami yang tertinggal ni.. tiba2.. semangat aku kembali.. ya.. semangat aku datang.. perit.. penat.. semua aku tolak tepi.. disebabkan semangat itu.. aku sebak.. terharu.. YA ALLAH.. hanya Engkau yang Maha Mengetahui.. hutan yang gelap gelita.. kami bertujuh teruskan perjalanan berbekalkan lampu suluh.. akhirnya.. terdengar suara rakan2 yang lain.. ALHAMDULILLAH.. lebih kurang jam 9 malam.. kami semua bertemu semula... pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.. hanya kami sahaja yang merasakannya.. bagaikan satu keluarga.. yang memerlukan antara satu sama lain.. HANYA KAMI SAHAJA YANG MERASAKANNYA... aku takkan lupakan saat ini sampai bila2.. ya.. sampai bila2..


sebelum memulakan pendakian... sarapan pagi dengan roti dan air kopi panas...



hanya aku ngan azlan je menempuh perjalanan di awal pendakian...


disinilah sepatutnya kawan2 yg lain menunggu kami berdua.. tapi...

















bertolak dari atas jam 11 pagi.. sampai di kaki gunung jam 7 malam...

kesimpulannya.. satu PENGALAMAN YANG CUKUP MANIS aku lalui di sini...


JANGAN LAMBAT WARIH!!!

















Sunday, September 11, 2011

SELAMAT HARI RAYA...



Salams semua..
Aku sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR BATIN.. kepada semua yang mengenali aku...

JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Monday, July 18, 2011

Sukan Jab Kebajikan Masyarakat Malaysia Kali ke-6

Salam semua..
Sukan JKM MALAYSIA KALI KE - 6.. Sabah..
24 Jun 2011 - 29 Jun 2011..

bertolak dari LCCT jam 11.15 pagi..



sampai kt UMS lebih kurang kul 3 petang.. malam ada taklimat kontijen selangor.. esok pagi sabtu (25hb Jun) aku men bolatampar.. 1st game lawan terengganu.. kalah.. terus jadi pelancong kt sabah sebab format kalah mati.. uhuuuhuuu...

penyokong2 selangor masa final pingpong lelaki.. dpt naib johan..




petang pada hari ahad (26 Jun 2011) kitorang gi plaza 1borneo.. ada dinner kt sini.. ptg tu kitorang jenjalan la sambil2 nk sampai ke malam..


sambil jenjalan.. main archery.. dh mcm robin hood dh masing2..hahaha... lepas tu kitorang booking 13 tiket midnite show pd 29hb.. citer transformers..


acara makan malam start jam 8 malam...







hari isnin (27hb Jun) aku tgk game futsal.. pun takde luck gak.. kalah 2-4 dgn pahang.. uhuuhuuu







(HARI SELASA 28HB.. TAKDE GAME APA2.. KITORANG KE PULAU.. INI AKU BUAT CITER KHAS KT BLOG NI.. HEHEHE)




malam terakhir kt sabah.. ada perasmian penutup.. lepas tu gi 1Borneo tgk midnite transformers.. lemau...


hari terakhir.. 29hb Jun.. sebelum ke airport singgah lunch kt pantai tanjung aru...


Alhamdulillah.. flight tak delay.. jam 6.30 petang dari sabah.. sampai KL kul 8.30 malam...


JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Sunday, June 19, 2011

Keputusan Exam Nur Najla..



Salams semua..


Hari Sabtu (18 Jun 2011) lepas, Najla dapat Report Card result exam dia hari tu... atok dia wakilkan amik sbb aku kt Meru..
Alhamdulillah.. anak kesayangan kami dapat nombor 2... hehehe


Cikgu cakap kt atok.. beza 2 markah je ngan pelajar nombor 1.. tapi takpe.. yang penting najla faham apa yang diajar oleh cikgunya.. Syukur Alhamdulillah...


Mengikut Penilaian Cikgu.. ruang MENGACAU KAWAN cikgunya tulis "YA"... agak sebijik macam perangai ayahnya.. hehehe.. anak ayah....

JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Sunday, May 22, 2011

citrawarna 2011





salams semua.. belum habis selesai hal pindah umah.. aku kena bertugas tuk citrawarna tahun ni.. seperti biasa sebagai Marshall... tahun ni aku kena jaga student SMK Perempuan Jalan Pudu...


start bertugas hari ahad 15 Mei 2011 kt dewan tun razak, PWTC.. kul 7 pagi dh terpacak kt sini.. bangla pun tau cuti hari ahad.. harharhar... trening kt sini sampai 17hb... mulai 18hb trening kt dataran jam 6.00 petang...

hari 18hb langsung tak buat apa.. sbb hujan tak henti2 smpi kul 11 mlm.. so, pak ngah arahkan semua peserta balik je sbb esoknya diorang nk sekolah...

19hb pun hujan gak.. tapi kul 9mlm dh berhenti dh... selesai trening kul 1 pagi...

20hb malam persembahan full dress reheaseal... mlm ni takde hujan... so.. berjalan dgn lancarnya...



21hb malam persembahan sebenar...dan sejarah sejak tahun 2001 aku bertugas ngan pak ngah production sbg marshall ni, citrawarna tahun ni kena hujan kaw2 punya.. bayangkan agong dh sampai hujan masih ada rintik2 lagi.. bebudak yg aku jaga masa show ada 2, 3 orang tergolek sbb licin.. dan sorang kena papah keluar sebab terjatuh terhentak kepala.. adehh.. sadis2... nasib kurang baik citrawarna tahun ni... semua Allah Taala punya kuasa...



Tahun depan Mr. Rosdin (Chief Marshall) kata klu Pak Ngah dpt projek Citrawarna lagi.. kitorang akan dipanggil lagi sekali... sbb citrawarna tahun ni, semua marshall bertugas dengan cemerlang!!!! harharhar


JANGAN LAMBAT WARIH!!!