Tuesday, November 15, 2011

XPDC Gunung Chabang, PERAK

salam semua..

dh lama tak update blog.. hari ni ntah cemana ada aura yg memanggil utk mengUPDATEkan blog ku yg tak NTAHAPAAPANTAH ni..

hari ni aku nk citer satu pengalaman yang cukup MANIS..

pengalaman di mana aku dan kengkawan sepejabat mengenal erti susah payah.. erti kerjasama.. erti kasih sayang sesama sendiri.. dan macam2 lagi.. semuanya berlaku di XPDC GUNUNG CHABANG... 11-13 November 2011...

jadual yg dirancang tidak menjadi akibat keadaan cuaca.. sepatutnya ops mendaki jam 8 pagi.. tapi.. jam 10 pagi baru nk mula.. dalam keadaan hujan.. Ya Allah.. hanya doa yang mengiringi perjalanan pada waktu itu..dan.. aku terpaksa ditinggalkan untuk menunggu seorang kawan yang sedikit terlewat kerana mencari barang keperluan di bandar.. erti persahabatan bermula di sini.. 15 orang telah mula mendaki.. tinggal aku berdua di bawah.. 1 jam selepas itu lebih kurang jam 11 pagi baru kami berdua bergerak...

pendakian bermula dalam keadaan hujan.. cubaan laluan pertama.. tiada kesan tapak kaki.. cuba laluan kedua masih tiada kesan jejak kawan2 yg terdahulu.. takpe.. rakan aku yg lebih arif mencuba laluan ketiga.. aku just follow je.. masih tiada kesan jejak.. hampir setengah jam.. dan aku mula resah..

akhirnya.. jumpa kesan jejak pada laluan yg keempat.. Alhamdulillah.. teruskan perjalanan.. hampir 3 jam.. baru kami berdua sampai ke pertengahan.. air terjun.. mengikut jadual kumpulan kami berhenti disitu untuk mkn tengahari.. tapi.. apa yg kami berdua dapat hanyalah bungkusan maggi yang diorang makan je.. diorang teruskan perjalanan tanpa tunggu kami berdua dan tanpa tinggalkan makanan untuk kami kerana berpendapat yg kami berdua tidak jadi mendaki kerana mereka2 telah menunggu lama disitu...

YA ALLAH.. kami lapar.. tapi tetap kuatkan semangat untuk terus mengejar.. tapi tak terdaya... perut kosong.. mujur ada coklat.. kongsi berdua untuk alas perut.. YA ALLAH.. 1 jam selepas tu dah memang tak tahan.. Alhamdulillah ada talian telefon.. hubungi kawan yg ada didepan.. minta bantuan tinggalkan bekalan makanan untuk kami berdua.. dengan sisa semangat yg ada.. berbekalkan air semata2.. ahirnya kami jumpa bungkusan maggi untuk kami berdua.. itupun selepas 1 jam perjalanan... itulah erti persahabatan yg ada antara kami..

selesai kami berdua makan.. kami teruskan perjalanan.. dan.. Alhamdulillah.. ada 5 orang kawan yg sudi menunggu kami berdua untuk bergerak bersama-sama.. seperti satu keluarga kami 7 orang saling bantu membantu.. cuaca semakin gelap..

kumpulan yang pertama telah tiba di atas lebih kurang jam 7 malam.. kami bertujuh masih mengharungi laluan yang semakin sukar.. dan sukar.. dan sukar.. hanya doa dan semangat yang mengiringi perjalanan kami yang tertinggal ni.. tiba2.. semangat aku kembali.. ya.. semangat aku datang.. perit.. penat.. semua aku tolak tepi.. disebabkan semangat itu.. aku sebak.. terharu.. YA ALLAH.. hanya Engkau yang Maha Mengetahui.. hutan yang gelap gelita.. kami bertujuh teruskan perjalanan berbekalkan lampu suluh.. akhirnya.. terdengar suara rakan2 yang lain.. ALHAMDULILLAH.. lebih kurang jam 9 malam.. kami semua bertemu semula... pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.. hanya kami sahaja yang merasakannya.. bagaikan satu keluarga.. yang memerlukan antara satu sama lain.. HANYA KAMI SAHAJA YANG MERASAKANNYA... aku takkan lupakan saat ini sampai bila2.. ya.. sampai bila2..


sebelum memulakan pendakian... sarapan pagi dengan roti dan air kopi panas...



hanya aku ngan azlan je menempuh perjalanan di awal pendakian...


disinilah sepatutnya kawan2 yg lain menunggu kami berdua.. tapi...

















bertolak dari atas jam 11 pagi.. sampai di kaki gunung jam 7 malam...

kesimpulannya.. satu PENGALAMAN YANG CUKUP MANIS aku lalui di sini...


JANGAN LAMBAT WARIH!!!

















1 comment:

ryhan said...

memang mencabar yer...aku tak sanggup beb,..memang menguji kesabaran...apapun tahniah...selamat sampai...