Tuesday, August 11, 2009

PISANG DAN HATI

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Sunday, August 9, 2009

H1N1 punya pasal...

hari Selasa 4 Ogos.. 1 hari selepas balik dari bandung.. kami sekeluarga gi buat pemeriksaan kt Hospital Selayang.. ye la.. takut jugak kan.. pasal H1N1 ni.. bini aku pulak demam tapi doktor ckp demam biasa jer.. aku ngan anak aku Alhamdulillah takde apa2.. smpi kt hospital kul 9 pagi.. selesai pemeriksaan ngan amik ubat lebih kurang kul 12 tgh hari... klu ada tanda2 demam tu pegi la jumpa doktor yer.. JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Friday, August 7, 2009

Cuti Ke Bandung, Indonesia...

salams semua...

1 - 3 Ogos hari tu aku sekeluarga bercuti ke bandung, indonesia... ngan family abg saadon (member aku)..



flight bertolak kul 9.30 pagi.. perjalanan ke bandung amik masa 2 jam... anak ku smpi tertido sebab lama benor...







sampai kt bandung lebih kurang pukul 11.30 pagi waktu kita.. klu kt indon lewat sejam... terus kami disambut oleh Pak Endang.. dia la yg akan jadi supir kami di sini selama 3 hari....




dalam keta TOYOTA UNSER pak endang.. kat sana UNSER ni dipanggil KIJANG...


check in kt hotel perdana wisata.. 1 malam 440 ribu rupiah.. lebih kurang RM140 duit kita...




lepas makan tgh hari terus gi shopping kt outlet2 yg terdapat kt sini smpi la pkl 7.. malam lepas kul 8 gi makan nasi padang kt sebuah restoran kt berdekatan Rumah Mode Outlet... cadangnya lepas makan nk singgah Rumah Mode tu tapi masa takde.. so kitorang terus balik hotel sebab dh letih sgt dh..




pagi hari kedua lepas sarapan kt hotel dalam kul 9 pagi kitorang bergerak gi shopping kt Pasar Baru.. lebih kurang kt Pasar Payang Terengganu tu.. memang letih giler dan rambang mata kt sini terutamanya kain ela, barang kulit, beg kulit, t-shirt jgn cakap la dan byk lagi la smpi 6 tingkat.. semuanya murah dan berkualiti.. kitorang kt sini smpi kul 2 ptg.. korang bayang kan berapa lamanya kitorang kt sini... itu pun sebab lapar dan nk solat dulu.. klu tak, memang tak sedar... har har har.. gila siot...

lepas makan kitorang gi TOKO TIGA.. yg menariknya kt sini adalah menjual pelbagai jenis jeans original seperti Lois, AX, G.Armani dan yg paling best LEVI'S!!!... aku sambar 2 helai Levi's kt sini.. murah berbanding KL.. balik ke hotel lebih kurang dekat kul 7 jugak... letih bangat sih...



(PAK DON dan PAK ENDANG)


malam sebelum makan kitorang gi dulu kt Rumah Mode Outlet.. takut takde masa mcm malam semalamnya.. kt sini sama mcm outlet yg lain.. kt sini aku ingat nk beli baju untuk anak aku jer, last2 terbeli jugak sehelai t-shirt yg aku berkenan... uhuk uhuk uhuk... terus lepas tu kitorang gi makan kt Suharti Ayam Goreng.. ayam nya lembut siot.. mcm ayam dara.. tapi yg tak tahan tu dia goreng ngan kepala ayam tu sekali... tak lalu nk tgk.. buang dulu kepala ayamnya tu... kui kui kui...




pagi hari ketiga masih ada masa lagi nk membeli buah tangan untuk family di Malaysia.. kitorang gi beli makanan kerepek dan kek kt Prima Rasa... lebih kurang kul 11 balik hotel.. check out kul 1...


sebelum ke air port singgah dulu kt Kartikasari Shopping Mall... sekejap je kat sini.. smpi kul 2 jer sebab nk kena ada kt air port kul 3.. flight kul 4.30...



seperti biasa yg sedia maklum.. air asia tak pernahnya menepati jadual.. flight kitorang delay smpi kul 5.. nasib baik setengah jam jer.. itu pun dh panas punggung dh duk lama2 kt air port tu... dan seperti biasa perjalanan balik ke LCCT 2 jam so anak aku mengambil kesempatan untuk tido.. (ngan aku2 sekali tido)


smpi kt LCCT kena isi borang pasal kes H1N1... kena la ikut prosedur kan... uhuk uhuk..
ok la... smpi di sini sahaja citer aku.. akhir kata.. JANGAN LAMBAT WARIH!!!