Sunday, May 22, 2011

citrawarna 2011





salams semua.. belum habis selesai hal pindah umah.. aku kena bertugas tuk citrawarna tahun ni.. seperti biasa sebagai Marshall... tahun ni aku kena jaga student SMK Perempuan Jalan Pudu...


start bertugas hari ahad 15 Mei 2011 kt dewan tun razak, PWTC.. kul 7 pagi dh terpacak kt sini.. bangla pun tau cuti hari ahad.. harharhar... trening kt sini sampai 17hb... mulai 18hb trening kt dataran jam 6.00 petang...

hari 18hb langsung tak buat apa.. sbb hujan tak henti2 smpi kul 11 mlm.. so, pak ngah arahkan semua peserta balik je sbb esoknya diorang nk sekolah...

19hb pun hujan gak.. tapi kul 9mlm dh berhenti dh... selesai trening kul 1 pagi...

20hb malam persembahan full dress reheaseal... mlm ni takde hujan... so.. berjalan dgn lancarnya...



21hb malam persembahan sebenar...dan sejarah sejak tahun 2001 aku bertugas ngan pak ngah production sbg marshall ni, citrawarna tahun ni kena hujan kaw2 punya.. bayangkan agong dh sampai hujan masih ada rintik2 lagi.. bebudak yg aku jaga masa show ada 2, 3 orang tergolek sbb licin.. dan sorang kena papah keluar sebab terjatuh terhentak kepala.. adehh.. sadis2... nasib kurang baik citrawarna tahun ni... semua Allah Taala punya kuasa...



Tahun depan Mr. Rosdin (Chief Marshall) kata klu Pak Ngah dpt projek Citrawarna lagi.. kitorang akan dipanggil lagi sekali... sbb citrawarna tahun ni, semua marshall bertugas dengan cemerlang!!!! harharhar


JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Sunday, May 8, 2011

Faizal - Eja.... 7 Mei 2005 - 7 Mei 2011



PERMATA (UNTUK ISTERI KU)

Telah Ku Siapkan Satu Daerah Paling Sunyi
Dalam Hati Ini Untuk Kau Isi Sebagai Isteri
Untuk Kau Penuhi Dengan Kemuliaan Seorang Wanita
Untuk Kau Beri Erti Dengan Kelembutan
Untuk Kau Hargai Dengan Kasih Sayang

Ku Ingin Kau Jadi Wanita Mulia
Yang Tahu Harga Budi dan Hati
Seorang Lelaki Bernama Suami

Kerana Engkau Isteri
Ku Ingin Kau Mengerti Bahawa Hidup Ini
Tak Semudah Yang Kita Janjikan
Yang Kita Janjikan
Kerana Kau Isteri Ku...

Wednesday, May 4, 2011

Hijrah 30hb April 2011

Salam Semua.. Pada 30hb April 2011 (sabtu) aku sekeluarga telah berpindah ke rumah baru yang dibeli di meru, klang... 4 tahun kami menyewa kt taman mawar, rawang... byk betul kenangan kt umah sewa ni.. uhuk uhuk...










Aku gunakan khidmat lori jabatan tmpt keja aku.. siap bagi 5 orang bebudak untuk tolong angkat barang lagi.. berbaloi baloi.. hehehe


smpi kt umah baru lebih kurang kul 12.30 tghari.. siap semua punggah barang bawak masuk umah.. buat makan2 tghari sket (bungkus je).. seronok bebudak ni dpt makan ngan upah lagi..


aku mulakan operasi pasang langsir dulu.. smpi maghrib gak la.. lepas isyak kami adik beradik baca Yassin ngan Doa Tahlil...




Keesokkan paginya operasi memasang katil dan setting bilik utama, bilik anak aku ngan bilik belakang... malam plak kemas dapur... baju belum kemas lagi ni.. aduh penat.. lepas dh setel bahagian dalam umah nanti, aku nk operasi luar umah pulak.. TUNGGU...


JANGAN LAMBAT WARIH!!!