Tuesday, February 10, 2009

SARAWAK LAGI...

Salams..
ini aku nk citer trip aku ke Sarawak lagi.. klu Bulan Disember lepas aku gi personal kali ni aku gi ngan Unit tempat kerja aku... lawatan ni kira lawatan rasmi la..


1st day 6hb Februari 2009 kitorang smpi kt Airport Kuching jam 10.30.. terus disambut oleh Puan Maggie iaitu kitorang punya travel ejen trip kitorang... lawatan pertama kitorang ke Bahagian Perlesenan Kementerian Pelancongan Cawangan Kuching, Sarawak...




lepas lawatan rasmi kt Kementerian Pelancongan tu kitorang terus pegi city tour.. antaranya muzium kucing ni.. teringat balik kenangan masa pegi ngan anak aku krismas hari tu... kali ni aku berdua jer... lepas tu kitorang gi kat kilang kek lapis yg sama masa aku gi dulu... masing² pun order la mana yg berkenan termasuk la aku.. theee heee heee... check in kt Grand Maghareta Hotel yg dulunya dikenali sebagai Holiday Inn tepat jam 2.00 petang... rehat...







Tepat jam 5.45 petang kitorang ikut jadual yg dibuat oleh puan maggie iaitu menaiki bot yg diberi nama Sunset Cruise.. ceh.. skema la pulak ayat aku ni.. poyo jer... nak naik bot ni dikenakan tiket berharga RM60 seorang dewasa dan RM30 kanak-kanak.. tapi ini semua dh termasuk dlm pakej lawatan.. so... kitorang tak payah bayar... har har har.... jenjalan atas 'cruise' lebih kurang satu jam setengah di atas sungai sarawak yang besar.. kt atas ni ada jugak beberapa show diadakan sambil dihidangkan dengan jamuan minum petang...




ini lah permandangan sunset yg sempat aku amik dari atas bot yg kitorang naik tu... fuh... cantiknya la hai... pas ni makan malam kt restoran waterfront.. malam aktiviti bebas kitorang layan boling 2 game... lepaskan gian...




hari kedua 7hb Februari kitorang mulakan trip kitorang ke Sarikin iaitu sempadan kalimantan.. perjalanan dari kuching dekat 2 jam.. kt situ memang shopping giler... lebih kurang mcm kat Uptown Danau Kota... lepas sarikin kitorang sambung city tour kt Kuching.... lunch dulu kat restoran masakan melayu.. kena sambal belacan.. perghhh... korang paham² sendiri la... pas tu gi muzium kuching.... gi kilang buat pasu... gi sana.. gi sini.. adui.. letihnya la hai... dekat kul 6.30 petang baru balik ke hotel.. kul 7.30 nk kuar balik gi makan malam... penat siut..... lepas makan balik hotel kemas beg...









Keesokkan harinya (8hb Februari) lepas je breakfast kitorang terus check out.. hanya 2 bilik sahaja yg diberi masa sehingga pukul 3.30 petang untuk mandi dan salin baju sebelum ke airport.. pagi ni kitorang terus ke Sarawak Culture Village.. mcm yg aku citerkan sebelum ni.. kt sini ada rumah dari suku kaum yg terdapat di Sarawak..




Mcm biasa kul 11.30 ada show kt sini.. finalenya joget lambak.. dulu aku tak dpt nk menari tapi kali ni aku menari ngan gadis sarawak... theee heee heee... nasib baik org umah aku tak kisah... klu tak, terbang periuk wareh.... lepas show, lunch kt restoran kt sini jugak.. pas tu terus balik hotel untuk mandi dan solat...



singgah kt Sin Piao.. kt sini ada jual sarang burung herba dan mcm² jenis lada sarawak.. lepas ni kitorang terus ke Pasar Satok beli ikan terubuk masin... dan terus ke airpot untuk berangkat pulang...

dpt naik flight awal.. klu ikut yg sebetulnya flight kitorang delay smpi jam 11.00 malam.. nk mampus tunggu dekat 3 jam kt airport.. bising punya bising akhirnya dpt tukar flight yg lebih awal disebabkan ada kekosongan.. Alhamdulillah.. so.. departure jam 9.20 malam smpi kt LCCT jam 11.30 mlm...
JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Monday, January 12, 2009

CUTI CUTI MALAYSIA episod 2

Salam kepada semua pembaca blog aku..
disini aku nk citer apa seperti yg aku janjikan iaitu percutian CUTI2 MALAYSIA aku part 2..
Cuti Krismas yg lalu iaitu pada 25hb - 27hb Disember 2008.. aku anak beranak ngan family member aku (Abg Saadon n family) telah terbang ke Kuching, Sarawak..
klu Krismas tahun lepas aku sekeluarga ke Melaka, kali ni gi jauh sket... nk bwk bini ngan anak aku naik kapal terbang.. diorang baru first time naik... so. ke Sarawak la tempatnya...

kitorang bertolak ke Kuching dari LCCT pada jam 8.20 pagi.. smpi lebih kurang kul 10.30 pagi...



smpi kt Kuching kitorang disambut oleh Encik Yusof (yg baju kuning tu..) sepanjang kitorang kt sini, Encik Yusof ni la yg akan jadi pemandu pelancong kitorang... gambar ni kitorang berada di atas menara apa ntah.. aku pun lupa.. sebelah kiri tu adalah permandangan dari jauh Gunung Santubong...

acara wajib.. bergambar kenangan.....



lepas tu kitorang ke Pekan Kuching dan seterusnya gi ke Kilang buat Kek Lapis.. mcm2 rasa ada.. pilih n siapakan je la duitnya...


kitorang check in kul 2.00 petang kt Merdeka Palace Hotel.. dan mcm biasa anak aku pantang nmpk kolam.. so.. aku pun terjun la kolam.. esok kitorang akan sertai pakej lawatan yg disediakan.... aku pun tak tau nk gi mana esoknya... ikut je la....




Lepas breakfast kt hotel pada hari kedua, kitorang mulakan pakej lawatan yg pertama iaitu ke Kampung Budaya Sarawak.. lebih kurang jam 9.15 pagi kitorang gerak.. hujan renyai2 sket pagi ni.. takpe.. hujan rahmat... smpi kt sini lebih kul 10.00 pagi.. kita round satu kampung ni.. dari satu umah ke satu umah suku kaum yg terdapat kt sini cthnya kaum bidayuh, iban, dayak,melanau (yg aku ingat la) last sekali umah kaum melayu...



kul 11.30 kt sini satu show diadakan.. dh penat berjalan keliling kampung.. kitorang lepak tgk show lebih kurang 45 minit...

makan tengari ditaja sepenuhnya oleh dalam pakej lawatan kami... lepas makan ni kitorang bergerak ke Muzium kucing...


sampai kt muzium kucing lebih kurang kul 2.00 petang.. mcm - mcm jenis kucing samada dalam bentuk gambar dan patung terdapat kt sini.. kt sini sekejap jer.. dlm 20 minit kitorang dh blah dah.. anak aku syok la.. dia memang minat kucing.. lepas ni kitorang gerak ke Taman Orang Utan...




smpi kt Taman Orang Utan ni ngam-ngam kul 3.00 petang.. time ni memang petugas tengah bagi makan kt orang2 utan ni.. dpt la kami tengok secara dekat.. cuaca waktu ni memang panas giler.. anak aku plak meragam nk tido.. so.. tak dpt nk snap gambar sgt...




anak aku tido dlm van.. penat sgt dh.. kitorang singgah kat pekan kuching, mcm - mcm la bini aku beli.. aku tak follow sbb tggu ank aku kt dlm van ni.. (ngan aku2 skali tido) penat siut...
lepas membeli belah.. kitorang terus balik ke hotel dlm pkl 7.00 petang.. malam terakhir kt kuching kitorang gi makan kat Taman Kereta.. harga boleh tahan mahal jugak tapi still ramai orang.. lepas tu kitorang main boling santak sampi kul 12.00 malam...
hari terakhir kt Kuching.. pagi lepas breakfast kitorang jalan-jalan kt pekan.. mana la tau ada barang lagi nk beli kan... janji ngan En. Yusof kul 2.00 gi pasar satok beli ikan terubok masin.. kul 1.00 kitorang check out, lepak dulu kt lobi hotel tggu si Usop ni... sebelum gi beli ikan masin kitorang lunch dulu.. dh selesai beli ikan masin kitorang bergegas ke airport Kuching pada jam 3.30.. kitorang nyer flight balik jam 5.30 petang...
kitorang smpi kt LCCT lebih kurang kul 7.20 malam.. sepanjang trip, aku rasa puas sebab hajat aku nk bwk bini ngan anak aku ke Sarawak tercapai tanpa sebarang masalah.. lepas ni tak tau nk plan ke mana pulak.. klu ada rezeki, aku nk bwk ke luar negara lak.. tapi itu bergantung kepada rezeki la... Bulan Januari ni aku ngan bini aku ke Genting pulak.. aku dpt voucher penginapan.. anak aku..? tinggal la dengan neneknya... theeee heeee heeee... sori ye anakku.. ayah n mama nk honeymoon...
JANGAN LAMBAT WARIH!!!