Tuesday, August 12, 2008

Renungan...fikir-fikirkan lah...

Assalamualaikum ,

Ada satu ceramah....disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada
Singapura...
Di riwayatkan begini.....
Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara
dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan
dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang
telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai
mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun
memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya
menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah
seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat
akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu
apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu
menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi
Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan
lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT....
maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu
diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai
penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya
kepada sesiapa yang hendak membelinya.


Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu
api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah
saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya
elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..


Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk
makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu
itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit
dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah
tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan
kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan
kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.


Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan
setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu
dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya
cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana
yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang
sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...


Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd
sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik
ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita
???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak
dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan
sebagainya.. ..?

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...



wassalam...


P/S: TERASA JGK NIH....!!!! UBAH SEBELUM TERLAMBAT.. JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Monday, August 11, 2008

Kesan Kenaikan Harga Minyak...



akibat kenaikan harga minyak aku ngan bini aku berpakat untuk membeli sebuah kereta kecik..
so.. kami beli la VIVA Auto ni.. keta Wira aku time jalan jauh baru guna..
lepas ni kami hari-hari ke ofis pki la viva.. jimat sikit minyaknya.. JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Sunday, July 27, 2008

Al- Fatihah..





Kepada semua pembaca blog aku ni.. sudi-sudi lah sedekahkan Al-Fatihah kepada baby kepada member ofis aku.. namanya Umairah Safiah binti Mohd Saifulizan berumur 2 bulan.. telah pergi meninggalkan kita semua pada 23 Julai 2008..
Al- Fatihah...

Thursday, July 17, 2008

SE K850i ku dalam kenangan...

terpaksa aku jual handphone ni.. byk sgt ragamnya.. sudahnya aku beralih ke NOKIA balik... tu la.. org nk pki sony aku pun nk pki sony konon.. last2 boring... aku trade in ambil NOKIA 5610 XpressMusic.. laaaaaaagi best...
JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Wednesday, July 9, 2008

Final Volleybal Sukan Dalaman Anjuran Biro Sukan

1st n 2nd refree...sebelum main bergambar dulu...
perlawanan penuh dramatik antara kedua-dua pasukan...

mamat ni nk main nk bergaya... mcm model tak jadi jek.. har har har...

JUARA...

NAIB JUARA...


2nd ref aksi rock... 1st ref haus giler... kui kui kui... JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Kempen Derma Darah..

Kelab Sukan ofis aku buat kempen derma darah...
ini lah pendaftaran aku yang pertama dalam seumur hidup aku.. Darah aku jenis O.. penderma universal...
ini lah antara AJK2 yang rajin buat kerja...
Derma2 jugak.. rock2 jugak
tu la namanya rezeki.. lepas derma darah terus aku menang hadiah pertama peraduan teka kacang.. tepat aku teka 505 biji.. time derma darah aku ternampak 'ATUK' aku.. dia kata kacang tu 505... pas tu dia kata JANGAN LAMBAT WARIH!!!!!!.. itu pasal la aku menang.. har... har... har...










Monday, May 12, 2008

SELAMAT HARI IBU!!!


Malam 10hb Mei bawa keluarga aku gi makan kat Restoran Joe Seafood kat selayang...
sempena hari ibu ngan hari jadi mak aku sekali.. dan.. kebetulan ulangtahun perkahwinan aku yang ke - 3...

ini pulak mak mertua aku.. sambut hari ibu kat rumah jek.. idea kakak ipar aku.. jasa ibu-ibu tetap dikenang...
JANGAN LAMBAT WARIH!!!