Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha





SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DARIPADA SAYA SEKELUARGA...
SAUDARA MARA SEISLAM YG PERGI MENUNAIKAN FARDU HAJI, SAYA DOAKAN KESEJAHTERAAN ANDA SEMUA DISANA DAN SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR... AMIN...

Tuesday, November 3, 2009

Tanah Runtuh Laluan Kuala Lumpur - Rawang



Tarikh : 3 November 2009
Waktu kejadian jam 2.00 pagi..
Bilangan mangsa tiada... jalan jem giler.. aku nk gi keje terpaksa ikut jalan ulu yam... adehhh... smpi kt opis kul 10 pagi terus gi tempat kejadian...
"Ya Allah.. lindungilah kami dan keluarga kami dari bencana yang Kau turunkan kepada kami Ya Allah... Ampunilah dosa - dosa kami Ya Allah... Sesungguhnya Kau yang maha pengampun dan maha mengasihani...Amin.."

Sunday, November 1, 2009

Law Abiding Citizen


Salams...
Aku rasa dalam tahun 2009 ni, baru 2 kali je kot tgk wayang.. har har har..
ntah mcm mana satu hari tu lepas balik kerja, kebetulan anak aku atuknya bawak berjalan.. aku ngan bini aku gi la OU.. saje2 je.. tak tau nk buat apa beli la tiket wayang citer ni... not bad la.. citer pasal bunuh2 ni.. jln citer pun menarik.. 4 / 5 bintang aku bagi..
JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Monday, October 5, 2009

Jamuan Raya dan Harijadi...

3hb Oktober (Sabtu)..
hari jadi aku 27hb Sept.. hari jadi anak aku 1hb Okt..
so.. buat la jamuan sikit sempena raya tahun ni.. jemput kengkawan.. sedara mara.. keluarga..
cadang nk buat dari pukul 2 sampai 5 petang.. tapi lajak smpi maghrib sbb masih ada lagi yg sudi datang kt teratak buruk hamba kt rawang nun... terima kasih kengkawan yang sudi datang walupun buat kecil2lan ajer... JANGAN LAMBAT WARIH!!!


Monday, September 28, 2009

Salam Aidil Fitri 2009



Aku sekeluarga mengucapkan selamat hari raya eidulfitri kepada semua umat islam di dunia.. MAAF ZAHIR DAN BATIN...
puasa yg tertinggal tu, mcm biasalah.. JANGAN LAMBAT WARIH!!!

Tuesday, August 11, 2009

PISANG DAN HATI

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.

Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

Sunday, August 9, 2009

H1N1 punya pasal...

hari Selasa 4 Ogos.. 1 hari selepas balik dari bandung.. kami sekeluarga gi buat pemeriksaan kt Hospital Selayang.. ye la.. takut jugak kan.. pasal H1N1 ni.. bini aku pulak demam tapi doktor ckp demam biasa jer.. aku ngan anak aku Alhamdulillah takde apa2.. smpi kt hospital kul 9 pagi.. selesai pemeriksaan ngan amik ubat lebih kurang kul 12 tgh hari... klu ada tanda2 demam tu pegi la jumpa doktor yer.. JANGAN LAMBAT WARIH!!!