Tuesday, February 22, 2011

XPDC JKM Selangor 2011

Salams semua...
pada 18 - 20 Februari (jumaat - ahad)lepas.. kelab Rekreasi JKM Selangor menganjurkan XPDC ke Puncak Gunung Hijau.. Bukit Larut, Perak..
buat pertama kalinya sepanjang 10 tahun aku jadi penjawat awam aku sertai ekspedisi seperti ini.. serononoknya.. hehehe...
bertolak dari ofis aku jam 4 petang hari jumaat.. sepatutnya bertolak kul 3.. tapi disebabkan oleh aku yg lambat (sori arr kengkawan..) hahaha.. aku naik bas je terus bergerak smpi RnR Tapah.. solat asar kt sini...
sampai kt taiping kul 8 malam.. singgah masjid tuk solat mahgrib+isyak... pas tu pekena mee udang kt warung mak jah, taiping.. tapi aku makan nasi goreng sbb aku tak makan udang.. uwekk...



pas tu.. kitorang ke Sekolah Tunas Bakti Taiping.... tido kt sini 1 malam.. esok pepagi kitorang kena gerak ke Bukit Larut...


Keesokkan paginya.. jam 8.30 pagi kitorang smpi kt kaki bukit larut..
kt sini kitorang kena naik jeep untuk ke bukit larut.. 3 buah jeep disediakan untuk kitorang..




Smpi kt bukit larut lebih kurang jam 10 pagi.. pekena nasi lemak dulu..
pembahagian kumpulan.. lepas bacaan doa selamat.. kitorang bergerak ke gunung hijau...
pancit wehhhh...



sampai kt puncak gunung hijau lebih kurang kul 1 lebih.. fuhhh.. tak sangka aku berjaya smpi kt puncak.. walupun slow.. hahaha
kt puncak kitorang masak meggi... aku amik kesempatan tuk lelapkan mata jap.. hehehe

XPDC BERJAYA!!!!

lebih kurang 1 jam kt atas puncak.. kitorang pun turun semula ke bukit larut... malam nanti ada BBQ.. tido 1 malam kt bukit larut.. keesokkan pagi jeep akan amik kitorang kul 9 pagi tuk turun semula ke kaki bukit larut...



hari ahad... kitorang smpai kat kaki bukit larut lebih kurang jam 10 pagi... singgah minum pagi kt kamunting... lepas tu singgah sekali je kt RnR tapah tuk makan tghari n solat zohor+asar... 2.30 petang bertolak dari tapah ke Shah Alam...
kul 5 smpi SHAH ALAM...
Keseluruhannya.. pengalaman pertama kali aku join XPDC ni amatlah ENJOY!!!!!!
lepas ni klu kelab rekreasi buat lagi.. aku org yg pertama akan hantar nama.. hahahaha
JANGAN LAMBAT WARIH!!!

No comments: